Sabtu, 11 Disember 2010

PERJUANGAN MINTA TOLONG ORANG DALAM KESUSAHAN

PERJUANGAN
bermaksud untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan, seperti orang yang
menghadapi beban atau tekanan dalam menjalani kehidupan mereka disebabakan sesuatu masalah  yang menimpa seperti kemusnahan harta benda serta kehilangan keupayaan untuk meneruskan kehidupan yang lebih sempurna sama seperi orang lain. Selain dari itu perjuangan Pertubuhan ini juga untuk membanti orang kurang upaya, anak-anak yatim serta orang-orang tua yang semestinnya memerlukan bantuan dan perhatian dari kita semua.

MINTA TOLONG
bermaksud Pertubuhan ini akan meminta Sumbangan atau Derma dari orang ramai dari segi kewangan, barangan atau keperluan harian ( makanan ). Pertubuhan ini jga akan mendirikan atau membangunkan sebuah Rumah Penjagaan untuk melindungi, memelihara dan seterusnnya menjaga mereka yang memerlukan pembelaan untuk meneruskan kehidupan mereka bagi tiada memiliki kediaman mereka dan tiada kemampuan untuk menguruskan penghidupan mereka. 

ORANG DALAM KESUSAHAN
mereka yang telah berusaha untuk terus meniti kehidupan yang lebih baik tapi tidak berkemampuan untuk
 terus melanjutkan kehidupan ini disebabkan serba kekurangan dan tidak bernasib baik seperti saudara mereka yang lain, maka itu, Pertubuhan ini menyerukeperihatinan dari Raja- raja, Dato-dato, Datin-datin, Ahli Koprat, Ahli Perniagaan, dan orang perseorangan untuk sama-sama menghulurkan bantuan atau sumbangan bagi membantu mereka- mereka ini yang menghulurkan bantuan atau sumbangan bagi
 membantu mereka-mereka ini yang amat-amat memerlukan pembelaan dan keperihatian dari kita semua.

Kerjasama serta sokongan dari semua pihakadalah enjadi nadi bagi mrealisasikan Matlamat Pertubuhan ini bagi mencapai objektifnya didalammaksud penubuhan Pertubuhan Kebajikan Perjuangan Asas Kehidupan Manusia ini.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan