Selasa, 21 Disember 2010

PROGRAM CAHAYA KASIH MAYBANK PERMAS JAYA

Pihak Maybank Permas Jaya telah menjalankan beberapa aktiviti seperti gotong-royong, mengecat, menanam pokok, menyediakan makanan tengahari dan membersihkan kawasan di sekeliling rumah.
Seramai 30 kaki tangan Maybank termasuk warga emas dan pekerjanya turut serta menjalankan aktiviti.

AKTIVITI MENGECAT

MENYEDIAKAN MAKANAN TENGAH HARI

AKTIVITI MENANAM POKOK

MAKANAN TENGAH HARI BERSAMA PIHAK MAYBANK DAN WARGA EMAS

SESI BERGAMBAR PIHAK MAYBANK DAN PUSAT JAGAAN ORANG KURANG UPAYA PERMAS JAYA

 Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya Permas Jaya ribuan terima kasih kepada
 Pihak Maybank Permas Jaya kerana telah menganjurkan Program Cahaya Kasih Maybank
di Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya Permas Jaya.

SUMBANGAN DAGING KORBAN DAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN DARI FAMA, SURAU KAMPUNG KURNIA DAN JABATAN HAL EHWAL KHAS ( JASA )

Pada 14 hb dan 15 hb Nov 2010, Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya telah menerima sumbangan daging korban serta barangan harian dari FAMA, SURAU KAMPUNG KURNIA dan JABATAN HAL ELHWAL KHAS ( JASA ) pada hari raya aidiladha 2010.



Pihak Pusat Jagaan Orag Kurang Upaya Permas Jaya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan daging korban yang telah di berikan di hari raya aidiladha. Segala bentuk sumbangan amatlah kami hargai.

Pada sesiapa ingin menghulurkan bantuan slla hubungi pejabat kami 07-3873443 atau
EN WAN CHIK 013-6004704 / EN. SHAHREEN 017-7385943 
BANK ISLAM 01041010037967

AKTIVITI SUMBANGAN HARI RAYA KE RUMAH






MEMBANTU ORANG YANG MEMERLUKAN

SUMBANGAN DARI PIHAK KILANG

Beberapa sumbangan dari pihak kilang seperti SOUTERN LION SDN BHD, APOLLO, F & N COCA ( MALAYSIA ) SDN BHD, YEO HIAP SENG, ZARA FOOD SDN BHD, DAN LEE BICKUIT ( PTE ) LTD PONTIAN SDN BHD.







Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya Permas Jaya ingin mengucapkan terima kasih
di atas sumbangan yang di berikan kepada pihak kami

Jumaat, 17 Disember 2010

SUMBANGAN DARI SKUAD ERA, KIP MART DAN SINAR HARIAN

SKUAD ERA, SINAR HARIAN dan KIP MART telah memberi sumbangan barangan harian kepada Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya Permas Jaya semperna berbuka puasa di bulan ramadhan 2010 baru-baru ini.


SUMBANGAN DARI SKUAD ERA
 

SUMBANGAN DARI SINAR HARIAN


SUMBANGAN DARI KIP MART


PENGASAS BERGAMBAR BERSAMA SUMBANGAN YANG DI BERIKAN


CONTOH BARAGAN HARIAN YANG DI SUMBANGKAN


SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI BERSAMA SKUAD ERA, SINAR HARIAN, KIP MART DAN
PENGHUNI DAN PEKERJA DI PUSAT JAGAAN ORANG KURANG UPAYA PERMAS JAYA
 
Kami dari Pusat Jagaan Kurang Upaya Permas Jaya igin mengucapakan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang telah di berikan di Pusat Jagaan kami.Sumbangan anda amatlah kami hargai.

GAMBAR LUARAN RUMAH






GAMBAR DALAMAN RUMAH






KATERIA / KELAYAKAN KEMASUKAN

KATERIA / KELAYAKAN KEMASUKAN DITERIMA MASUK TERDIRI ( KEMASUKAN BERBAYAR MENGIKUT SITUASI DAN KEADAAN PENGHUNI
  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara yang mempunyai DOKUMEN PENGENALAN DIRI yang sah di sisi Undang-Undang.
  • Bekas Pesakit Mental yang telah pulih dan disahkan oleh Doktor Pakar Mental.
  • Berumur 18 TAHUN # ke ATAS.
  • Mempunyai WARIS atau TIADA waris ( IBU TUNGGAL )
  • Terdiri Bangsa MELAYU atau CINA sahaja.
  • Taraf kesihatan 90 % dan KEBAWAH.
  • Boleh BERDIKARI atau TIDAK dengan sedikit bantuan dari petugas.
  • Tidak mempunyai PENYAKIT berjangkit ( KUSTA / SAWAN / GILA BABI ).
  • Tidak CACAT  aggota badan ( FIZIKAL ) BUTA.
  • Tidak mempunyai REKOD JENAYAH POLIS.
  • Bebas dari ketagihan DADAH.

KELENGKAPAN SERTA PERKHIMATAN YANG DIADAKAN TERDIRI :
  • Tempat yang BERSIH, BERPAGAR, KAWALAN, KESELAMATAN 24 JAM, HARMONI.
  • Menyediakan penjagaan HARIAN, MINGGUAN, BULANAN, KEKAL.
  • Suasana penginapan yang SELESA dan TERATUR.
  • Petugas yang berpengalaman dan TERLATIH.
  • Mempunyai JURURAWAT, TUKANG MASAK, yang MAHIR.
  • Menjaga dan Menghantar Penghuni membuat rawatan susulan di HOSPITAL.
  • Pengawasan dan Penjagaan sepanjang HARI / 24 JAM.
  • Masa LAWATAN SETIAP HARI.
Untuk sebarang PERTANYAAN, SUMBANGAN dan RUNDINGAN sila hubungi :

013 - 6004704 ( EN WAN CHIK )
 017 - 7385943 ( EN SHAHREEN )
OFFICE / FAX ( 07 - 3873443 )
                                   
Perjuangan Minta Tolong Orang Dalam Kesusahan

Sabtu, 11 Disember 2010

MEMBANTU MANGSA- MANGSA BENCANA ALAM

Pertubuhan Kebajikan Perjuangan Asas Kehidupan Manusia di bawah NGO membantu mangsa-magsa bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan kebakaran.





BEKERJASAMA BERSATU HATI

MEMBANTU MEREKA YANG KEHILANGAN ORANG TERSAYANG

Sumbangan Pertubuhan Kebajikan Perjuangan Asas Kehidupan Manusia untuk membantu mangsa-mangsa yang kehilangan ahli keluarga dan keduri doa selamat bagi orang yang memerlukan.


PERLETAKKAN TABUNG DI KEDAI-KEDAI

Pertubuhan juga telah meletakkan tabung di permis-permis perniagaan seperti kedai runcit, di pasar raya, restoran dan hospital di mana telah mendapat kebenaran dari pihak berkenaan. Pertubuhan ini memndapat sokongan dari JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT dan PENDAFTARAN PERTUBUHAN.






AKTIVITI MENCARI DANA DI PASAR TANI DAN PASAR MALAM

Pertubuhan Kebajikan Perjuangan Asas Kehidupan Manusia ini juga menjalankan aktiviti Mengutip Dana di Pasar Tani dan Pasar Malam.




DERMA IKLAS bagi lima ( 5 ) tujuan dan matlamat Pertubuhan kami :-
  • mangsa-mangsa bencana alam yang kehilangan harta benda.
  • anak-anak yatim piatu yang tiada tempat bergantung hidup.
  • orang-orang tua yang tiada keupayaan hidup berdikari.
  • orang-orang yang menghadapi masalah di dalam pencarian hidup.
  • orang-orang kurang upaya dan cacat. 

PERTUBUHAN KEBAJIKAN PERJUANGAN ASAS KEHIDUPAN MANUSIA

PERTUBUHAN KEBAJIKAN PERJUANGAN ASAS KEHIDUPAN MANUSIA

Telah diluluskan oleh Jabatan Pertubuhan Negeri Johor pada 08 Oktober 2007 dengan Nombor Pendaftaran 2007-07 JHR.

Tajuk Pertubuhan ini diambil kira kerana matlamatnya. Terdiri dari cabang-cabangnya :-

PERJUANGAN
Membantu orang-orang yang dalam kesusahan

ASAS
Mencari tempat/cara untuk membantu orang dalam kesusahan

KEHIDUPAN MANUSIA
Membant manusia tidak kira Bangsa, Agana, dab Keturunan

TUJUAN DAN MATLAMAT MEMBANTU SEPERTI : 
  • Mangsa-magsa Bencana Alam yang kehilangan harta benda.
  • Anak-anak Yatim Piatu yang tiada tempat bergantung hidup.
  • Orang-orang Tua yang tiada keupaya hidup berdikari.
  • Orag-orang yang menghadapi masalah di dalam pencarian hidup.
  • Orang-orang Kurang Upaya dan Cacat.
Mebantu golongan-golongan yang Miskin, Ibu-ibu tunggal, Anak-anak yang TIDAK bersekolah serta mereka yang memerlukan bantuan untuk melaksanakan Asas Kehidupan.
Disamping ini juga menjalankan Aktiviti-aktiviti Kebajikan untuk menafaatkan Ahli-ahli bersama golongan yang di Bantu.

Selain itu juga Pertubuhan Kebajikan ini bercadang untuk Mencari Tapak Mendirikan dan Membangunkan  :
  • Rumah Orang-Orang Tua.
  • Rumah Anak-Anak Yatim Piatu.
  • Rumah Perlindung Khas untuk wanita mengandung tanpa suami.
  • Rumah untuk Orang Kurang Upaya / Cacat.
Melaksnakan kewajipan membantu orang yang didalam kesusahan adalah
TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

SERUMPUN BUNGA SERAI



Serai yang dimaksudkan di sini adalah sejenis serai yang mempunyai kelebihan, kekuatan serta keistemewaannya tersendiri.

Serumpun Bunga Serai Padu adalah khusus kepada keanggotaan keahllian pada Pertubuhan Kebajikan Perjuangan Asas Kehidupan Manusia yang mna tidak ada Persatuan atau Pertubuhan tanpa keahliannya, begitu juga manusia tidak sempurna tanpa anggota badannya maka dengan itu adalah menjadi kemestian sesuatu Pertubuhan mempunyai keahliannya sendiri. Keahliannya yang untuk adalah tunjang kepada satu-satu Pertubuhan itu. Untuk mencapai matlamat itu, Pertubuhan Kebajikan Perjuangan Asas Kehidupan Manusia menyeru kepada individu atau berkumpulan untuk bersama-sama merealisasikan PERJUANGAN Pertubuhan ini untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Marilah kita berganding bersama-sama seperti serumpun serai yang pada awalnya
hanya sebatang serai sahaja membiak sebegitu banyak seindah dengan Pertubuhan ini pada awlnya hanya sepertiga sahaja yang mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk tujuan membantu kepada mereka yang memerlukan bantuan. Justeru dengan itu, menjadi kekuatan yang pada mulanya Pertubuhan ini yang sebegitu besar yang datang atau meyertai keahliannya pada Pertubuhan ini untuk sama-sama menghulurkan tenaga, pengorbanan membantu kepada sesama yang mermelukan bantuan serta pertolongan kepada yang kurang bernasib baik. Keahlian yang tidak mengira agama,bangsa, keterunan, pangkat, atau status serta Daerah dialu-alukan untuk meyertai keahlian Pertubuhan Kebajikan Perjuangan Asas Kehidupan Manusia.

Bunga Serai adalah kelebihaj pada pokok serai, Keahlian yang tulus dan bertasbil tanpa mengharapkan apa-apa pembalasan adalah menjadi kelebihan pada Pertubuhan ini. Bunga Serai yang paduntidak akan jatuh jika fenemena melanda Pertubuhan Kebajikan Perjuangan Asas Kehidupan Manusia tidak akan terkubur sekirannya ahli-ahli Pertubuhan ini bersatu padu, berganding bah, bersatu hati, memperjuangankan pertolongan kepada yang berhak ditolong.

Membantu manusia sesama manusia mencari kehidupan yang lebih sempurna adalah Asas Perjuangan Pertubuhan ini.

PERJUANGAN MINTA TOLONG ORANG DALAM KESUSAHAN

PERJUANGAN
bermaksud untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan, seperti orang yang
menghadapi beban atau tekanan dalam menjalani kehidupan mereka disebabakan sesuatu masalah  yang menimpa seperti kemusnahan harta benda serta kehilangan keupayaan untuk meneruskan kehidupan yang lebih sempurna sama seperi orang lain. Selain dari itu perjuangan Pertubuhan ini juga untuk membanti orang kurang upaya, anak-anak yatim serta orang-orang tua yang semestinnya memerlukan bantuan dan perhatian dari kita semua.

MINTA TOLONG
bermaksud Pertubuhan ini akan meminta Sumbangan atau Derma dari orang ramai dari segi kewangan, barangan atau keperluan harian ( makanan ). Pertubuhan ini jga akan mendirikan atau membangunkan sebuah Rumah Penjagaan untuk melindungi, memelihara dan seterusnnya menjaga mereka yang memerlukan pembelaan untuk meneruskan kehidupan mereka bagi tiada memiliki kediaman mereka dan tiada kemampuan untuk menguruskan penghidupan mereka. 

ORANG DALAM KESUSAHAN
mereka yang telah berusaha untuk terus meniti kehidupan yang lebih baik tapi tidak berkemampuan untuk
 terus melanjutkan kehidupan ini disebabkan serba kekurangan dan tidak bernasib baik seperti saudara mereka yang lain, maka itu, Pertubuhan ini menyerukeperihatinan dari Raja- raja, Dato-dato, Datin-datin, Ahli Koprat, Ahli Perniagaan, dan orang perseorangan untuk sama-sama menghulurkan bantuan atau sumbangan bagi membantu mereka- mereka ini yang menghulurkan bantuan atau sumbangan bagi
 membantu mereka-mereka ini yang amat-amat memerlukan pembelaan dan keperihatian dari kita semua.

Kerjasama serta sokongan dari semua pihakadalah enjadi nadi bagi mrealisasikan Matlamat Pertubuhan ini bagi mencapai objektifnya didalammaksud penubuhan Pertubuhan Kebajikan Perjuangan Asas Kehidupan Manusia ini.

Sekian.

PENGERTIAN DAN KETERANGAN LOGO

Pemilihan 'AWAN' diambil sebagai PELINDUNG atau PEREDUP daripada keperitan panas matahari kepada bumi; kehidupan dan juga menurunka hujan untuk tanam-tanaman sebagai sumber air. Begitulah juga maksudya awan di dalam pertubuhan ini sebagai peredup kepada manusia yang di dalam kesusahan.

MAKSUD WARNA PADA LOGO 


MERAH
Melambangkan semangat perjuangan ahli-ahlinya untuk berkorban apa jua halangan atau rintangan di dalam menjayakan matlamat pertubuhan ini.

KUNING
Melambangkan adat, permohonan atau tolak ansur di dalam melakukan kerja-kerja pada pertubuhan ini. 

BIRU
Melambangkan warna yang melindungi manusia yang memerlukan pertolongan atau bantuan.

HIJAU
Melambangkan Benih Percambahan Kehidupan yang subur pada Tanaman yang disemai sama seperti pertambahan ahli-ahli Pertubuhan ini.

MAKSUD LIMA PADA GELOMBANG

  •  Mewakili kepada 5 orang pengasas kepada pertubuhan ini.
  • Melambangkan penyelesaian permasalahan kepada manusia untuk bersatu padu seperti mana awan bersatu mebghasilkan hujan.
  • Mencerminkan kekuatan kepada manusia dari segi kehidupan seperti hujan, angin, dan lain-lain.
  • mengubah kehidupan manusia dari kesusahan kepada kesenangan seperti awan mengubah cuaca dunia.
  • Mengikut dari segi ILMIAH.

  • Lima Rukun Islam.
  • Lima Sahabat Nabi.
  • Lima Waktu Solat Fardu.
  • Lima Perdana Menteri Malaysia.
  • Lima Jari Pada Tangan Dan Kaki.