Sabtu, 11 Disember 2010

PENGERTIAN DAN KETERANGAN LOGO

Pemilihan 'AWAN' diambil sebagai PELINDUNG atau PEREDUP daripada keperitan panas matahari kepada bumi; kehidupan dan juga menurunka hujan untuk tanam-tanaman sebagai sumber air. Begitulah juga maksudya awan di dalam pertubuhan ini sebagai peredup kepada manusia yang di dalam kesusahan.

MAKSUD WARNA PADA LOGO 


MERAH
Melambangkan semangat perjuangan ahli-ahlinya untuk berkorban apa jua halangan atau rintangan di dalam menjayakan matlamat pertubuhan ini.

KUNING
Melambangkan adat, permohonan atau tolak ansur di dalam melakukan kerja-kerja pada pertubuhan ini. 

BIRU
Melambangkan warna yang melindungi manusia yang memerlukan pertolongan atau bantuan.

HIJAU
Melambangkan Benih Percambahan Kehidupan yang subur pada Tanaman yang disemai sama seperti pertambahan ahli-ahli Pertubuhan ini.

MAKSUD LIMA PADA GELOMBANG

  •  Mewakili kepada 5 orang pengasas kepada pertubuhan ini.
  • Melambangkan penyelesaian permasalahan kepada manusia untuk bersatu padu seperti mana awan bersatu mebghasilkan hujan.
  • Mencerminkan kekuatan kepada manusia dari segi kehidupan seperti hujan, angin, dan lain-lain.
  • mengubah kehidupan manusia dari kesusahan kepada kesenangan seperti awan mengubah cuaca dunia.
  • Mengikut dari segi ILMIAH.

  • Lima Rukun Islam.
  • Lima Sahabat Nabi.
  • Lima Waktu Solat Fardu.
  • Lima Perdana Menteri Malaysia.
  • Lima Jari Pada Tangan Dan Kaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan